Translate

Saturday, November 12, 2016

TIPS MEMBELI BARANGAN KOSMETIK



1. Produk Pelbagai Guna
Agar lebih jimat, anda boleh membeli produk kecantikan yang mempunyai pelbagai jenis fungsi, contahnya satu kotak kosmetik sudah penuh dengan bedak, gincu, serta pembayang mata. Atau lipstik yang juga boleh berfungsi sebagai blusher. Kosmetik serbaguna juga tak akan menyusahkan anda bila dibawa travel. Produk seperti ini juga tahan lama.

2. Sampel/Trial Set
Banyak brand kosmetik berkualiti, namun harganya mahal. Untuk minimumkan belanja, anda boleh mencari sampel or Trial set dari kosmetik tersebut.

3. Produk semulajadi
Produk kecantikan yang semulajadi dengan buatan sendiri, boleh menggunakan sebagai bahan semulajadi untuk topeng/masker muka anda.

4. Jangan Tertipu dengan Iklan
Banyak orang yang tertipu dengan iklan, akhirnya kerugianl dalam membeli make up. Jika memang anda sudah menggunakan produk kosmetik biasa dan merasa sesuai untuk memakainya, anda tak perlu lagi cuba produk baru yang lain. ini membuatkan anda menjadi boros.

5. Jenama yang Berpatutan dan Berkualiti
Banyak produk yang berkualiti dijual dengan harga yang berpatutan. Jadi jangan terlalu terpaku dengan produk kosmetik yang harganya terlalu tinggi.

6. Membeli-belah atas talian.
Membeli-belah dalam talian, kadang-kadang lebih murah berbanding di kedai. Jadi tak ada salahnya anda cuba untuk membandingkan harga terlebih dahulu antara produk kosmetik yang dijual atas talian mahupun di pasaraya besar.

7. Kira Perbelanjaan Setiap Bulan
Sebaiknya kawal perbelanjaan anda untuk membeli-belah kosmetik setiap bulan. Jika jumlahnya sudah terlalu banyak, anda haruslah berjimat. Beli setelah betul2 habis digunakan.

SUMBER: Lifestyle Wolipop 


More update boleh follow :-  #caftanspecialist


 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 

Monday, October 31, 2016

11 TIPS RINGKAS DIET MUDAH... ANDA MESTI CUBA~






1) Ganti gula dengan buah
-ganti dengan buah-buahan di saat anda berkeinginan makan makanan manis-manis.

2) Cari teman untuk bersenam bersama
-seorang teman yang boleh menemani kamu ketika bersenam, membuatkan kamu lebih bermotivasi.

3) Buat stok makanan sihat
-penuhi peti sejuk anda dengan makanan sihat seperti yogurt, buah, salad dan jajan sihat seperti kacang badam.

4) Mandi air dingin
-berendam dengan air sejuk mengurangkan rasa sakit pada otot selepas selesai bersenam.

5) Timbang berat badan
-timbang berat badan anda seminggu sekali agar mudah terkawal.





6) Kurangkan saiz hidangan kamu
-lebih baik penuhi pinggan kamu dengan karbohidrat sihat dan sayur-sayuran serta buah-buahan.

7) Minum air mineral yang mengandungi oksigen
-seboleh mungkin, minumlah air mineral yang mengandungi oksigen kerana banyak manfaatnya pada tubuh.

8) Manjakan diri kamu sekali sekala
- sekali sekalai tiada masalah manjakan diri kamu dengan sepotong kek keju di kalau hujung minggu. Potongan nanas, strawberi dan kiwi dapat membuatkan pencernaan kamu lebih sihat. Pastikan anda mengurangkan kalori tambahan di hari berikutnya.

9) Bersukan di hujung minggu
-lakukan sukan di hujung minggu sekurang-kurangnya 30 minit joging atau berjalan kaki.

10) Tambah rempah ratus dalam makananmu
- rempah ratus dalam makanan boleh membantu untuk langsing. Ramuan dapur seperti halia, kunyit, lemon dan limau nipis sangat bermanfaat untukproses penurunan berat badan.

11) Sarapan sihat sebelum berolahraga
- untuk sarapan pilihlah karbohidrat bagi membantu memberi tenaga sepanjang hari.



dipetik dari Tips sihat majalah Dara.com

Friday, August 5, 2016






12 Petua Hidup Tenang

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
-Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka. 
Dulunya berbasikal, bermotor, berkereta buruk sekarang berkereta Mewah.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal.
-Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat.
-Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, herdik, tengking, senyum kan saja.

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif / bersangka baik terhadap masalah dan musibah yg menimpa. Mungkin ada himah disebalik yang berlaku.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang.

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan.

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri. Jadi jangan terlalu mengharapkan orang akan bantu kita. Minta Allah bantu kita.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah yang menimpa. Fokus kepada jalan penyelesaian.

*UTAMAKAN maksud ayat ini*

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang”. (QS. Ar-Ro’d : 28)


Sharing is Caring....Moga bermanafaat..👍🏻 *dipetik dari group whatsapp... :)‪  




More update boleh follow :-  #caftanspecialist


 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - Cik Aimi

Wednesday, July 27, 2016





Pemilihan Warna Pakaian mengikut Warna Kulit




Assalamualaikum lama jugak tak update blog ni.... hmnn ...hope tak bersawang lagi lahh.

Hari nie Cik Aimi nak kongsi sikit sebanyak TIPS tentang pemilihan warna pakaian yang kita pakai berdasarkan warna kulit.

Kadang-kadang tak ikut langsung sebab kitorang perempuan nie pakai pakaian mengikut kesesuaian tubuh badan, mengikut trend sekarang & whatever la, 
bukan mengikut warna kulit.


Tapi bagi orang yang berkulit agak gelap atau yang menitik beratkan soal kecantikkan mesti mengambil berat soal nie..Sesetengah orang tak pasti apa warna kulit diorang sebab tak nak mengaku bahawa diorang berkulit gelap atau tak nak mengaku berkulit cerah.



Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Jika korang berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan korang dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam & biru terang. 

 kulit Sawo Matang 

Si pemilik kulit sawo matang disarankan untuk memilih pakaian dengan warna-warna terang seperti jingga, kuning, hijau, pink, silver dan gold. Jika anda ingin memakai juga warna gelap, anda harus mix dengan warna cerah supaya nampak lebih kontra. Warna yang perlu anda hindari adalah seperti olive, merah bata, hijau lumut, coco, dan merah kerana ini akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih kusam.

kulit kuning langsat

pemilihan warna ceria seperti jingga dan kuning sangat sesuai untuk pemilik kulit kuning langsat. Namun pelu dihindari warna klasik seperti karamel, coklat dan warna keemasan.

kulit gelap
Banyak wanita berkulit gelap merasa rendah diri dalam pemilihan warna pakaian. Namun jika kena dengan padanan warna ianya tetap kelihatan bergaya. Bagi wanita yang memiliki kulit gelap, pemilihan warna primer separti hitam,putih, dan merah membuatkan kulit anda lebih menonjol. Warna krim dan coklat juga membuatkan kulit anda kelihatan  lebih cerah. Perlu dihindari warna seperti ungu, pink, coklat gelap dan terqoise...kerana ia boleh menimbulkan kesan kusam pada wajah anda .

ok itu saja TIPS kalini...boleh lah bergaya dengan yakin lepas ni...semoga bermanfaat ya ~ <3



 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - Cik Aimi


Wednesday, June 15, 2016


Dengan Modal Rendah, pelajar dah boleh mulakan perniagaan di kampus pengajian....

Assalamualaikum...lama tak berkongsi tips Ringkas disini....ermmm maafkan sy kerna terlalu busy...ok kali ni saya nak share tentang mulakan perniagaan kecil-kecilan di kampus semasa masih bergelar mahasiswa & mahasiswi... mereka yang bijak adalah mereka yang bijak mengambil peluang...kat kampus kita ada macam2 pilihan dan peluang yang baik2..tinggal nak grab yang mana satu saje kan??...sekarang pun dengar cerita student2 kolej dan universiti pun xcukup belanja disebabkan kos sara hidup dah meningkat..Tambahan pula jika anda menuntut ilmu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Selangor

...okay ni peluang baik untuk anda menambah pendapatan disamping boleh menghilangkan stress belajar ..ye dak?

Buat mahasiswa dan mahasiswi yang ini memulakan perniagaan dengan modal rendah inilah masa nya. Check it out~

1) Kalau korang ni meminjam PTPTN, setel dulu bayar yuran pengajian. Asingkan siap-siap modal dalam RM 300-RM 400 (paling Maksimum) daripada baki PTPTN tadi untuk persediaan korang membuka bisnes apa korang nak nanti.

2) Daftar SSM perniagaan korang. Wajib okey...jangan ngelat2..hehe

3) Uruskan semua prosedur untuk membuka bisnes di kampus. Dapatkan kebenaran untuk bisnes di kampus. Seeloknya setelkan satu sem awal . So, sem baru dah buka, boleh terus buat bisnes. Jimat masa #gittew

4) Cari member yang ada passion pasal bisnes. Supaya boleh sama-sama memotivasikan diri masing-masing. ingat! bukan senang nak senang.... ajak mereka jadi bisnes partner. sekurang2 nya 2 orang. maksimum 3 orang okay la... jangan ramai-ramai sangat ye...nanti tak sehaluan....hahaha. sama-sama sumbang idea, tenaga, modal & untung rugi. Brainstorm orang kata...



5) kalau seorang sumbang modal RM 400 , 3 orang dah ada modal RM 1200.Jadi, buat perjanjian antara rakan-rakan perniagaan.

6)Kemudian boleh start berniaga.... samada perniagaan dalam talian atau secara offline tidak menjadi masalah..Asalkan ada sikap RAJIN & BERSABAR...tak semestinya pelajar perempuan saja boleh jual shawl..Pelajar lelaki juga boleh menjual tudung. Kikis perasaan malu ya..

Berniaga ni seronok , kita akan ketagih bila start orang mencari barangan jualan kita, Tapi kalau tak ada sales, jangan pula putus asa. Mungkin usaha anda belum habis lagi. :) 

So Keep it up gaisss~




ini antara gambar pengalaman saya berniaga di kampus untuk cari duit poket orang kata. Saya menjual baju wanita & tudung kepada student dan pensyarah. Saya selalu join Booth sebab kebiasaanya sewa tapak untuk student sangat-sangat berpatutan.

Pengalaman pertama buka booth pada pesta konvo UKM Bangi. sewaktu saya di tahun pertama pengajian. :) banyak lagi gambar sebenarnya...tak pasni simpan di mana. hehehe... walaupun ianya tinggal kenangan tapi bila habis pengajian saya teruskan perniagaan ini. Rasa sayang nak STOP . Nak habiskan apa yang kita dah mulakan ~ :)







Ini adalah permulaan, bila dah lama2 jadi seronok bila barang jualan kita mula mendapat permintaan ramai. Berniaga ni harus ada niat yang betul.. bahawa barangan yang kita tawarkan boleh membantu orang bukan hanya fikir keuntungan semata-mata :)


More update boleh follow :-  #caftanspecialist


 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya



sumber : http://www.thevocket.com/tip-memulakan-perniagaan-di-kampus-masa-belajar-dengan-modal-rendah/



Tuesday, May 24, 2016




Assalamualaikum....
Aiseyyy busy sungguh....baru dapat update blog... projek terbaru #motsboutique.... dah nak raya pun kan...haruslah ade projek raya 2016 khas untuk peminat2 kaftan ...Kaftan cantik Kuala Lumpur semestinya di MOTs Boutique...nak nampak kelainan raya,. jommm sy belanje pic dulu... info kita cerita kemudian ya~


Selain Kaftan Abaya...kami bawakan design simple Mix & Match yang boleh dipakai pada semua keadaan ...Nak tahu apa keistimewaan setiap design?? tunggu post yg seterusnya ya =)
#motsboutique #CaftanSpecialist




















More update boleh follow :-  #caftanspecialist


 Whatsapp/ Pm +6013- 337 5903 - miss leya

Thursday, March 31, 2016




Jangan Pernah Risau tentang Rezeki....
Semua telah tertulis untukmu...

Barang siapa yang merasa cukup dengan rezeki yang mencukupi hidupnya, maka ia akan merasa kaya. Dan orang yang tidak merasa cukup dengan rezeki yang mencukupi hidupnya, maka ia tidak pernah merasakan kekayaan sama sekali” ~Al Hadits


#motsboutique nak share perihal berkaitan rezeki.... Pernah terbaca seseorang tu tak begitu bekerja kuat untuk mempromosi syarikatnya...tapi syarikatnya nampak begitu maju sekali...ramai pelanggan. Jika ditannya apakah amalan yg dia buat, dia beritahu setiap hari dia berselawat keatas nabi sebanyak 1000x ...baru kita tahu bahawa #ThePowerOfSelawat tu sangat2 hebat dan boleh membuka pintu rezeki..